Thursday, March 17, 2011

ulcer mulut!!



asslamualaikum..

Korang....nak mengadu mulut aku kena ulser.
Sakit sangat! Nak nanges boley?
Lapar! Nak makan pun tak boley.
Pedih.. !

Korang tau tak nak mandi pun susah??
Kalau kena air, pehh!! sakit !!
Tu belum lagi kalau korang gosok gigi..
waaahhh!!
meleleh air mate!!
Sabar je la.. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman..

Difahamkan, pada sesuatu masa 19 daripada 100 orang mengalaminya.
Ini menunjukkan bahawa ulser kerap terjadi tetapi ianya bukan penyakit berjangkit.


Pastu aku notice lately ni aku kerap sangat diserang ulser ni..
Kenapa ea??
Korang tau tak pe punca ulser ?
Pernah ada experience tak? Korang letak pe ea bila kena tu?
Meh la share dengan aku..



* sakittt !!


Apa itu ulser??

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi


Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam


Berapa lama ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

***buat masa ini, aku push diri aku untuk minum air banyak banyak.
puan emak ada pesan suruh letak garam. Aku pernah buat dulu. Pehh ! nanges !! takmo buh lagi..
Selain tu puan emak ada suruh masa gosok gigi tu, terus je gosok kat tempat ulser tuh!! Gila la wey ! Sumpah aku tak buat !!


p/s makin kurus la aku !

1 comment:

  1. dear. dulu my fren pon kerap kena ulcer. bukan 1.. 5-6 mata dlm mulut. ayyo.. mybe panas juger. do take advice from doctor yeah!

    oh yeah, feel free to visit my blogshop;
    http://momoeyes.blogspot.com/

    100% authentic circle lens directly imported from Daegu, Korea.

    maybe u pernah dgr geolens aite? but i amik stock dari brand PeachCon (P-Con). Saja nak bagi kelainan untuk para penggemar lens comel comel.

    visit us yeah!
    :) thx!

    ReplyDelete