Friday, April 15, 2011

wanita sangat percaya


assalamualaikum people!!


  • bila lelaki pertama kali menyapa wanita,wanita percaya mereka hanya ingin berkawan.
  • bila lelaki mula tunjukkan rasa sayang.wanita percaya.mereka hanya tunjukkan sifat kelakian.
  • bila lelaki mula nyatakan rindu,wanita percaya.ohh..dia mahu sesuatu dariku.
  • bila lelaki memberi harapan.wanita percaya.ohh..dia memang inginkan aku.
  • bila lelaki menyemai janji janji.wanita percaya.ohh..dia mencintai aku.
  • bila lelaki mengungkapkan rasa cinta.wanita percaya.dia tercipta untukku.
  • bila lelaki beri perhatian.wanita percaya.dia akn bahagiakan aku.
  • bila lelaki beri sesuatu.wanita percaya.dia sangat menghargai aku.
  • bila lelaki memandang ke matanya.wanita percaya.dia sangat memerlukan aku.

benarkah wanita sering percaya?lihat ini..

  • bila lelaki mula kurang masa untuknya.wanita percaya.dia bekerja untuk bahagiakan aku.
  • bila lelaki mula mengawal hidupnya.wanita percaya.dia lakukan kerana tidak mahu kehilangan aku.
  • bila lelaki mula meninggikan suara.wanita percaya.dia hanya manusia..
  • bila lelaki mula melupakan janji.wanita percaya.dia terlalu memikirkan banyak perkara .
  • bila lelaki mula dingin terhadapnya.wanita percaya.mungkin ada sesuatu merunsingkannya.
  • bila lelaki mula kurang bercakap dengan nya.wanita percaya.mungkin sesuatu sedang berlaku.
  • bila lelaki mula merungut tentang dirinya.wanita percaya.dia inginkan aku jadi sempurna.
  • bila lelaki mula marah marah..wanita percaya.esok mesti dia akan berubah..
  • bila lelaki mula mencari kesalahannya.wanita percaya..dia akn menyedari kesilapannya.
  • dan bila lelakimeninggalkan dia.wanita tetap percaya.esok dia akan kembali.

wanita masih percaya.kerana wanita hanya perlukan harapan untuk teruskan hidup..



p/s nape entry aku ni cam sedey je...

    Tuesday, March 29, 2011

    my dream car



    assalamualaikum :)

    hye guys..!! rindu kat aku tak??
    Lama gilerr aku tak hapdate belog.. Kan??
    Bukan apa, aku tersangat busy menguruskan rumah tangga.
    Memasak untuk suami, anak anak.
    Ok! Aku tipu lagi !

    Hari ini, aku nak bercerita pasal kereta la.
    Aku nak beli kereta.
    Tapi tak tahu nak beli kereta apa.
    Tajok entry pun 'my dream'
    dream je la. Sedey !

    Tapi, kalau ada rezeki apa salahnya!
    hahahahaa..
    InsyaAllah..
    Mudah mudahan!
    Sama sama berdoa.
    Korang pun tolong doakan ye !
    Thanks a billions !!

    ok ok..
    Meh tengok aku suka kereta ape...



    *ko sangat hensem swift !!


    * smart smart !!


    * jatoh cintakk dengan kamo lancer !!



    *kamo nampak style !! pinkishh !!


    sangat suke kereta kereta kat atas ni.
    Sapa la yang TERsangat baek hati yang sudi hadiahkan kereta kereta ni??
    huhuhuhu..




    tak tahu nak beli kereta yang mana..
    p/s perasan tak sume kereta yang aku suke sume putih suci dan bersih?? myvi tu je yang pink!
    ko memang suke putih ke wey???

    Thursday, March 17, 2011

    ulcer mulut!!



    asslamualaikum..

    Korang....nak mengadu mulut aku kena ulser.
    Sakit sangat! Nak nanges boley?
    Lapar! Nak makan pun tak boley.
    Pedih.. !

    Korang tau tak nak mandi pun susah??
    Kalau kena air, pehh!! sakit !!
    Tu belum lagi kalau korang gosok gigi..
    waaahhh!!
    meleleh air mate!!
    Sabar je la.. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman..

    Difahamkan, pada sesuatu masa 19 daripada 100 orang mengalaminya.
    Ini menunjukkan bahawa ulser kerap terjadi tetapi ianya bukan penyakit berjangkit.


    Pastu aku notice lately ni aku kerap sangat diserang ulser ni..
    Kenapa ea??
    Korang tau tak pe punca ulser ?
    Pernah ada experience tak? Korang letak pe ea bila kena tu?
    Meh la share dengan aku..



    * sakittt !!


    Apa itu ulser??

    Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

    Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

    Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

    • Stres
    • Perubahan hormon
    • Jangkitan (infeksi)
    • Kekurangan zat makanan
    • Alahan
    • Radioterapi
    • Kimoterapi


    Tanda-tanda (simptom)

    Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

    • Rasa membakar dalam mulut
    • Kesakitan
    • Tidak selesa
    • Hilang selera makan
    • Demam


    Berapa lama ulser mulut akan sembuh?

    Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

    Perhatian
    Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

    Apa yang boleh anda lakukan?
    Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

    • Gunakan bahan kumuran antiseptik
    • Sapu gel atau krim penahan sakit
    • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
    • Makan makanan lembut
    • Elakkan makan makanan panas dan pedas
    • Banyakkan minum air

    ***buat masa ini, aku push diri aku untuk minum air banyak banyak.
    puan emak ada pesan suruh letak garam. Aku pernah buat dulu. Pehh ! nanges !! takmo buh lagi..
    Selain tu puan emak ada suruh masa gosok gigi tu, terus je gosok kat tempat ulser tuh!! Gila la wey ! Sumpah aku tak buat !!


    p/s makin kurus la aku !

    Tuesday, March 15, 2011

    sedey !


    assalamualakum!

    selamat pagi sayang sayang ku!!

    Hari ni rasa sangat sedey. Ok, aku tipu. Tak la SANGAT tapi rasa sedey tu ada sebab kena tinggal. Family aku pergi bercuti. Sekarang ni kan cuti sekolah, so hero hero malaya aku tu memang cuti la kan. Senang la depa nak bergumbira sebab memang depa school holiday!

    Biar la dorang gi holiday. Ko boley je pegi holiday tak bawak dorang. Kan? Memang la dorang boley je pegi. Yang aku sedey, cuti aku tak approve!! Tu yang aku nak protess kat sini!! Bila aku tak mintak cuti heboh bagi aku cuti ! Bila aku mintak tak approve plak! Mana aku tak hangin. Kalau berlanjutan macam ni, leh gila aku! Eh, eh..aku takmo jadi gila. So, aku kena cool ! Tapi tak boley cool sangat la sekarang ni kan.

    Dah la dorang pegi 3 hari 2 malam. Lama tuh! Rabu, Khamis, Jumaat. Khamis dengan jumaat aku keja petang and then aku balik malam. Kena menapak la kau sorang sorang malam malam buta tu nanti ros! Cekalkan hati dan kuat kan semangat huhuhu. Kena bersemangat waja untuk membantu diri sendiri!

    Tapi sedey jugak! tak boley! dah la dak angah takde kat umah. Mungkin die tak rasa sangat la kot. Yea, die dok kat terengganu tu memang dah macam bercuti! Yang beza kena hadap buku. Aku ni gak kena dok umah sorang sorang, kena tinggal ! waaaaaaa ! memang sangat sedey la citenye!

    Aku tak kira! Once aku dapat hidu perbuatan ketua aku yang tak approve cuti aku, aku dah buat keputusan untuk merangka plan untuk pegi bercuti! Hoyeh! Hoyeh ! aku tak kira bulan 4 ni aku nak gi bercuti jugak! Kalau die tak approve jugak, memang cari gado la wei !! aku dah apply awal awal ni. Geram aku!!




    p/s hope family aku selamat pegi dan selamat sampai ke klia dengan baek! amin! will miss u guys!!

    jumpe kalian semua lagi 3 hari! Jangan lupa beli survenier tok aku kat sini ok? Tq!

    psst~~ nak terbang ke Krabi boley ??

    **persetankan dengan tatabahasa aku yang mungkin sedikit tunggang terbalik ^________^

    Saturday, March 12, 2011

    malapetaka di Jepun telah tetapkan Didalam Al Quran


    assalamualaikum! hye there!


    Tadi mase dok belek belek facebook, Ternampak artikel ni.

    Pastu, hamba ALLAH ni, dengan rela hati kata dibenarkan untuk share.

    So, saya pun share lah! hahaha..

    Mari kita renung renungkan!!



    1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

    2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

    3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

    4. Dan bulan 4.

    Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

    Rujuk di Quran.

    1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

    "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

    2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

    so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

    di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

    3+6+1+3+8 = 21

    so next 2+1 = 3

    proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

    Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

    makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

    so next 3+0 = 3.

    *proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

    3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

    msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

    so 1+4+4+6 =15

    so next 1+5 = 6

    *proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

    4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

    5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

    6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

    7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

    8. WauAllahhu Allam.



    * nauzubillah......


    ~~Tsunami~~


    Bila Allah ingin menurunkan bala negara secanggih Jepun pun tak terlepas..

    dunia semakin tua bersifat fana dan ada tarikh luputnya.

    Smpai masa dunia ini akan musnah sepertimana kita juga yang akan pasti mati akhirnya.

    Yang nyata antara kita dan dunia kita yang akan beransur pergi dulu.

    Apabila maut menjelma tertutuplah 'akaun simpanan' kita.

    Wahai saudara saudara ku mari lah kita kembali ke landasan

    ' trek org2 yg beriman'.




    ~ Malaysia ~


    Telah menghantar Misi Bantuan Smart Team ke Jepun pukul 6.00petang @ 12/03/2011.

    Mari kita berdoa agar Misi mereka berjaya dan mereka selamat kembali ke Malaysia.

    Ni lah Malaysia yang penuh dengan rasa prihatin dan pemurah sentiasa bertindak pantas.

    Andai aku terpilih dan keadaan mengizinkan aku juga akan menyusul.

    InsyaALLAH.. amin !




    p/s Ini semua reminder dari Allah. Muhasabah diri. Betulkan apa yang termampu. Sesunguhnya, bumi ini sudah terlalu tua.


    serius tol entry ko kali ini!


    ok, daaaaa.. nak muhasabah diri ^___________^

    Friday, March 11, 2011

    Alahai heels..



    assalamualaikum!


    hye guys! oppss!! bajet artiss!! hahaha.. Hari ini aku nak share kepada semua warga Malaysia bukan warganegara pun boleh itu pon kalau dorang paham apa aku nak bagitau ni kan? kan? Sekarang ni kasut tumit tinggi (macam pelik bila guna 'kasut tumit tinggi') hahaha atau nama glamor nya high heel ni tengah gila. Zaman flat-flat ni dah kurang pe barang kan flat screen kan? *mencarut lagi..forget it..


    *gile style heels nih !

    Majoriti sume pompuan suka pakai high heels ni. Yea, design die sume santek! meletop ! Lagi lagi orang yang tak berapa nak tinggi macam aku ni kan? huhu.. Actually aku pun suka pakai heels jugak! Tapi tak selalu la. Orang cakap kalau pakai heels nampak santek. Tapi aku memang dah santek, tu yang pakai heels sekali sekala je tuh. * sila jangan muntah!


    * sweet


    So nak beli high heels ni pun ada cara..jangan kau main sebat je beli. Jalan jalan nampak kasut cantik-duduk-try sarung-nampak cun kat kaki-bukak kasut-pergi cashier-bayar-balik ! Sumpah sampai rumah kau menyesal ! Biasa la malu nak try puas puas dekat kedai kasut mesti sebab takut akak promoter tu cakap "ek eleh budak ni..try macam nak beli.. " kalau akak tu buat macam tu kau cakap "akak ingat saya takde duit..?" hahahaha.. Gila jahat ko, ros!


    * kadang kadang terpikir, dorang nak pegi mana pakai heels cmni gayanye?
    Lalu ke nak jalan jalan satu shopping complex dengan pakai heels cmni?


    * gile tajam! cam jarum! sekali praakk!! tergolek ko jatoh!

    Ok ok! Korang tau kan sume benda dalam dunia ni ada pro | kontra nya. Sama gak macam heels ni. Luaran memang tak dinafikan memang cantik, elegance ! Tapi kalau dah lama lama pakai boleh memudaratkan kesihatan! huh!

    Berikut adalah risiko memakai kasut bertumit tinggi :

    1. Jejaskan peluang untuk mendapatkan anak.

    2. Punca rambut gugur.

    3. Kasut tumit tinggi berukuran 12.7 cm boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita.

    4. Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan bahu menjadi sakit.

    5. Menyebabkan pening dan kitaran haid tidak teratur. ( Ada kena mengena ke? incik google yang cakap!)


    Beli sandal | kasut | selipar | sepatu atau sewaktu dengannya mengikot keselesaan bukan kerana kecantikan luaran atau jenama sesuatu barang itu semata mata. Kenapa ayat aku tungang langgang ni?


    p/s Heels yang dah beli tapi tak pakai lagi tu camne ea???

    Tq reading dis entry! daaaaa..

    keindahan sabar


    assalamualaikum. Hye semua!


    Hari ini aku nak cakap pasal kesabaran. Aku tahu kesabaran aku pun senipis kulit bawang je..huhu..Tapi tak kira, nak cakap jugak! Sekadar berkongsi. Lagipun, sharing is caring ! kan? kan? Ada pepatah yang mengatakan yang tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Kerana kesabaran adalah nafas yang menentukan lama tidaknya sebuah keberanian bertahan dalam diri seorang pahlawan.

    Maka dahulu ada ulama kita mengatakan: "Keberanian itu, sesungguhnya hanyalah kesabaran sesaat." Sejajar dengan firman Allah "Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, niscaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), niscaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir."(QS. 8: 65).

    Sabar adalah akhlak yang nyata yang dinyatakan didalam Al-Quran. Orang selalu bagi nasihat kat kita suruh kita bersabar kalau di timpa dugaan. Tapi tau tak sabar tu pe?
    Sabar itu bererti menahan diri .





    kenapa kita perlu bersabar? Banyak tanya la ko ni ros ! tak pe tak pe. Aku maafkan. Meh aku cite. Kita semua ni perlu bersabar kerana sabar mengandungi nilai yang tinggi dan utama di sisi agama & budi perkerti. Tanpa sabar, agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tak kan aman serta cita cita tidak akan terhasil jika manusia mementingkan diri sendiri sahaja.

    Korang tau tak betapa pentingnya Allah menguji kesabaran dalam diri seseorang manusia/ mukmin?? cop cop senang cite tok orang islam la. Allah menguji supaya dapat meningkatkan darjat keimanan ataupun sekurang kurangnya menghapuskan kesalahan dan dosa dosa kecil.
    insyaAllah..Allah sentiasa bersama dengan kita. Allah mengangkat darjat orang yang bersabar kerana bersabar itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.





    Alhamdulillah, kerja aku sekarang ni memang betol betol menguji kesabaran aku. Aku berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Tua, muda. Kecik, besor. Semua ada.


    Antara bait bait lirik lagu 'sifat mahmudah' by hijaz

    Sifat Sabar sedikit berbeza
    Ujian yang menimpa sakit dirasa
    Tapi dapat ditahan perasaannya
    Hanya bermain di dalam sahaja
    Di luar tidak nampak terang nyata



    p/s bersabarla ekau dengan kerenah pesakit pesakit ko! Nescaya ada hikmah disebalik semua itu. amin !

    tq coz reading!





    Thursday, March 10, 2011

    rindu rinduan..


    assalamualaikum.. hye kawan kawan!!

    Arini mud aku tak berapa bagus. Entah la. Aku jadi macam sangat hipokrit (yeke? tu ke cara nak describe kan aku sekarang nih) entah la suke hati aku la! Yela, kat tempat keja aku sangat busy, banyak keja yang aku kena / nak buat. Pastu jumpa kawan kawan, thats why aku leh huahuahua kot. Tapi bila balik umah rase cam depress lak. Taknak bergaul dengan orang.

    Bukan depress kot. Cuma rasa sunyi. Sunyi? hm..aku tak tahu kenapa, tapi bila balik umah aku sangat suke menyendiri duduk sorang sorang. Apa masahnye ntah! haaiisshh!! Macam rase kehilangan! Tapi aku takde hilang sape sape @ ape ape pun. So, napa aku rase macam tu?

    Aku rasa aku rindu la. Rindu sangat! Rindu kat sape?
    Kat mohd fahkri allauddin kasim.
    Awak, saya rindu awak. Sedey la cenggini. Nanges kang!


    * segak berbaju melayu ! Puji buupreen sendiri! tak tahan!


    Saya tau awak tak suka kalau saya nanges. Kalau saya cenggeng.
    Awak kata nanti saya dah tak cumel..Awak selalu cakap, awak sangat cumel dear.
    Tapi, itu pun kalau awak senyum, awak ketawa.
    ^____________^


    Awak tak penah downkan saya.
    Selalu bagi nasihat kat saya.
    Selalu motivate saya.
    Selalu sudi pinjam kan telinga awak tu untuk saya.
    Saya boley share @ cerita pape je kat awak.
    Awak selalu ingatkan saya, biar orang lain buat kat kite..
    tapi kite jangan sesekali pun balas balik.
    Kalau tak, kita sama je cam dorang. Kan awak?
    Awak juga pengkritik TERhebat saya!


    Rindu awak sangat!
    Hope you are here right now by my side dear!
    Sangat sangat berharap awak ada kat sini.
    (yang ko translate pe yang ko taip tadi kenapa??)


    Dah lama rasanya tak jumpa awak.
    Kan? Kan?
    Nak jumpa awak!


    Jaga diri.
    Tahu awak busy dengan final project.
    Gud Lux ery!
    Ol da besh tau!
    Saya sentiasa doakan awak!
    Sayang awak!
    Love awak!
    rindu awak!




    When i said i love u.
    No girl in this world, can love u more than i.


    When i said i miss u.
    No girl in this world can miss u more than i.




    p/s~~ bila awak free, kita berphotogedix lagi. ok?


    rindu sangat, nak tepon incik buuprenn !! daaaa..

    Tuesday, March 8, 2011

    segengam diploma



    assalamualaikum, hi semua !

    Yang kenal aku mungkin tau kot yang aku ada 4 orang adek beradek which is aku yg eldest, ada sorang adek perempuan & 2 orang adek lelaki. Arini aku nak cerita pasal adek perempuan aku ni ha. Nama dia Liana. Aku panggil angah. Tahun ni die 22 tahun. Sekarang die ngah menuntut dekat UMT amek degree in accountancy. Before ni die study kat PoliPD amek akuan gak. Now die dah grad.

    Jadi, pada 8hb Mac aritu ktorang 1 family telah berkampung kat PoliPD semata mata nak tengok die grad. Ok! aku tipu. Xde r sampai berkampung kan Kg Melayu Subang - Pd tak sampai 2 jam pun ! hahaha!

    Sebelum tu angah de bagitau yang die kena pakai baju ikot tema. Tema die kale biru pastu wajib pakai tudung kale putih. Ktorang pun gi la beli kain ela untuk jahit jadi baju kurung. Santek tau!
    Tapi aku lak yang beriye iye nak pakai baju kurung. Siap konon konon bajet pening nak pikir nak pakai baju kale pe..hahaha.. macam macam ko ni!


    Anyway, saya nampak sangat sweet bila pakai baju kurung. Saya sangat jarang pakai baju kurung tau. Puji diri sendri. huhuhu..



    * ktorang buat baju kurung same sama!




    * bersama dengan photographer aku pada hari tu.



    * dengan angah ! tapi cam aku yang grad !


    Mase nak beli rosess ni tanya pendapat adek adek. Yang mana lagi santek. Jenuh aku pusing pusing carik rosess yang santek. Majority sume de bear bear! Tak suke! Finally jumpe yang aku suke, tapi tanya gak kt hero hero aku.

    ros~~santek tak munge ni abang? adek?
    abang menggeleng | adek menggangguk! ha! Sudah!
    ros~~betol betol la..
    abang~~ yela, santek la..
    adek~~ko ni abang, angguk jela. Aku dah penat ikot die.
    ros~~korang ni men men laa..

    tanya harga munge tu.. RM..........

    adek~~mahal la, tak sampai sok pagi dah layu, pastu ko buang!

    ceh! ktorang gi tempat lain. Pastu dah cam nak tercabot kepala lutut baru jumpe! huhu..


    * adek yang last ! memang bajet je ktorang !




    *wif my geratest family that i ever had !




    * @ Dewan wawasan


    * ni pingat anugerah ketua jabatan yang angah dapat!
    congrates dear ! proud gile ngn ko !


    *kamo sangat santek munge! tapi saya rase saya lagi santek dari kamo ! LOL!


    * Tuan punye belog memang suke interprem ! wajib !





    Congratess dear angah ! Gud Lux tok degree lak ok! Ol da besh !
    walaupun ni konvo die, tapi pic aku lagi banyak.. Gian ! dah lame tak berphotogedix! huhuhu..


    pssstt~~ ko bila lak nak sambung degree???

    Tq reading dis entry!

    Sunday, March 6, 2011

    ber tutti frutti with love !



    assalamualaikum & salam sejahtera !!


    wahh !! testing testing !! fuh! fuhh!! fuh ! berhabuk belog aku nih. Cian die. Dah lame aku tak menghapdetkan diri setelah bercuti ! yup ! cerita pasal cuti pun aku tak update. isshh !! Aku agak busy semenjak 2 menjak ni. Rase cam sangat sangat penat la wey huhuhuhu. Sakit sakit sume badan aku nih ! Baru je keje tak sampai 2 tahun, dah sakit sakit badan. Aku ni nak gune badan lama lagikk. Tak reti jaga diri ah ko ni. Ok, Kembali ke pangkal jalan !

    Sabtu lepas pas gi kenduri berindoi baby Qaleesya ktorang berjimba ke OU ! Cop cop, Qaleesya sangat comel ok !


    *qaleesya nanges!




    Then, ktorang gi OU. Tujuan asal memang hanya untuk tutti frutti ! sangat suke kot ! Memang kekaseh ati aku ni masing masing suke gile berTF !! Hahahaha..


    * wah !!


    *si santek haja, syida, haja jugak !!



    Yang aku ni lak, sangat tak sedar diri yang aku sebenarnya keje malam ari sabtu tu gak! OMG! Guess what??? Aku sampai umah kul 8 malam! Laju laju mandi n siap siap pakai uniform. Pastu kawan kawan yang baik hati tuh kte yang dorg willing nak anta aku gi keje malam tu. Tacing! Sangat terharu beb! muuaahh! XOXO sayang korang ! Tq tau anta aku! Kul 8.20 kuar umah. Aku sampai kat wad nak punch 2055. Lagi 5 minit before masok keje. Kalau tak, merah la rekod aku. Oh tidak!!


    * si santek yg tengah tu nab ! die r yg bertnggungjwb anta aku g kje!
    tQ cayunk !

    Sanggop gi keje lambat semata mata nak luangkan masa untuk berTF ! itu perlu ok !


    * kebaikan TF


    p/s next TF plissssss...

    tQ reading dis entry!



    Wednesday, February 23, 2011

    muhasabah diri




    assalmualaikum & salam sejahtera !



    tak guna ada mata kalau tak tahu melihat..

    tak guna ada hati kalau tak reti menilai..

    *pic takde kene mengena pun !



    p/s hargai orang disekeliling kite ! sekian, nak titon ! nite !


    bila LELAKI kehilangan RUSUKNYA



    assalamualaikum & salam sejahtera !


    WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

    LELAKI: Kamu!!!

    WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

    LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

    rusukku.

    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

    Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

    rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

    merasakan sakit di hatinya...

    Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

    sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

    masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

    membosankan.

    Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

    cinta satu sama lain.

    Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

    menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

    lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

    cintakan saya lagi!!!".

    LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

    berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

    Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

    LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

    telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

    mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

    untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

    Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

    Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

    mencari khabar akan kehidupan WANITA.

    WANITA pernah ke luar negeri tetapi

    sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

    LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

    Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

    hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

    Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

    banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

    dinding pembatas.

    LELAKI: Apa khabar?

    WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

    LELAKI: Belum.

    WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

    Saya akan

    kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

    nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

    WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

    Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang

    korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

    kembali merasakan sakit dihatinya.

    Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

    kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

    patahkan.

    *Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

    Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

    dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

    terlambat...*

    *Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

    hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

    yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

    Kira merasakan akan

    *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

    risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

    *Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

    akibat yang akan diterima?? *




    p/s got email from someone ! cinta kamo !