Friday, March 11, 2011

keindahan sabar


assalamualaikum. Hye semua!


Hari ini aku nak cakap pasal kesabaran. Aku tahu kesabaran aku pun senipis kulit bawang je..huhu..Tapi tak kira, nak cakap jugak! Sekadar berkongsi. Lagipun, sharing is caring ! kan? kan? Ada pepatah yang mengatakan yang tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Kerana kesabaran adalah nafas yang menentukan lama tidaknya sebuah keberanian bertahan dalam diri seorang pahlawan.

Maka dahulu ada ulama kita mengatakan: "Keberanian itu, sesungguhnya hanyalah kesabaran sesaat." Sejajar dengan firman Allah "Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, niscaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), niscaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir."(QS. 8: 65).

Sabar adalah akhlak yang nyata yang dinyatakan didalam Al-Quran. Orang selalu bagi nasihat kat kita suruh kita bersabar kalau di timpa dugaan. Tapi tau tak sabar tu pe?
Sabar itu bererti menahan diri .





kenapa kita perlu bersabar? Banyak tanya la ko ni ros ! tak pe tak pe. Aku maafkan. Meh aku cite. Kita semua ni perlu bersabar kerana sabar mengandungi nilai yang tinggi dan utama di sisi agama & budi perkerti. Tanpa sabar, agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tak kan aman serta cita cita tidak akan terhasil jika manusia mementingkan diri sendiri sahaja.

Korang tau tak betapa pentingnya Allah menguji kesabaran dalam diri seseorang manusia/ mukmin?? cop cop senang cite tok orang islam la. Allah menguji supaya dapat meningkatkan darjat keimanan ataupun sekurang kurangnya menghapuskan kesalahan dan dosa dosa kecil.
insyaAllah..Allah sentiasa bersama dengan kita. Allah mengangkat darjat orang yang bersabar kerana bersabar itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.





Alhamdulillah, kerja aku sekarang ni memang betol betol menguji kesabaran aku. Aku berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Tua, muda. Kecik, besor. Semua ada.


Antara bait bait lirik lagu 'sifat mahmudah' by hijaz

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata



p/s bersabarla ekau dengan kerenah pesakit pesakit ko! Nescaya ada hikmah disebalik semua itu. amin !

tq coz reading!





No comments:

Post a Comment