Saturday, February 19, 2011

wahai perokok tegar !


assalamualaikum | salam sejahtera !


Hari ini aku keje pagi ! fuh ! finally ! after 5 hari aku keje petang ! memang besh kalau keje petang, boley bangun lambat hahaha. kantoi ! Tapi kalau dah berderet je petang mau tak pancit aku ! Sebab selalunya kalau keje petang masok pukul 2-9 malam. kadang kadang petang la sangat busy . Tapi redha jela. Yea..keje kena ikhlas beb! baru berkat ! insyaALLAH..amin ! jaoh ko melalot nih ! ok2..kembali ke pangkal jalan hihihi..


* UMMC tempat aku study | tempat kerja


Bila balek keje memalam tuh, kena tunggu bus punyalah lame ! haaiisshh !! cuba hormat siket kat pengguna pengangkutan awam yang berjaya cam aku nih ! Jangan lah bagi ktorang tunggu lama lama. huhuhu sedey ! kadang kadang boley jadi penyebab owang macam aku ni moody ! psst..!! owang cam ko ke @ko je yang leh moody?? hahaha.. tak kesah la ! Mana tak nye beb ! Cuba korang bayangkan penat penat balek keje, pikir nak balek umah rehat, tido, makan ! Tapi kena tunggu bus lama + kena berdiri lagikk.. waaaaa! sedey a cenggini !


* ramai giler manusia kat stesen bus ! tu belom lagi yang merokok pastu hembos hembos kat muka korang ! haiisshh !! yup ! tu la point utama ! saya benci orang yang merokok ! tak suke !


Punyalah panjang mukadimah semata mata nak cerita pasal perokok | rokok jer hahaha..
Ada satu hari tu, aku tengah tunggu bus cam biasa. Memang ramai la manusia kat situ. Then, ada sorang mamat ni tengah sedap sedap hisap rokok kat stesen bus tuh. Dah la sedap sedap hisap rokok pastu memang sedap sedap je die hembos kat aku !! isshh !! tepat tepat kena kat muka aku !! memang pantang atok nenek aku ! cop cop aku tak tahu la atok nenek aku pantang ke tak. Tapi aku memang pantang la hahahaa.. saya tak suka kot !


* sekadar gambar hiasan ok.


Nape aku tak suka perokok ?? Rokok tu bahaya kot ! yang hisap rokok tu memang la besh dok sembor sembor tak tentu hala. yang kena asap tu aku ! isshh !! Rasa cam sesak napas bau asap tuh ! tak suke ! aku ni dah jadi second hand smoker dah !
pssstt ~~ second hand smoker tu die tak hisap rokok tapi die dok sedot asap rokok tu! lagi berisiko tinggi nak dapat kanser !


Banyak kesan sampingan kalau hisap rokok ni. Tapi yang paling utama adalah KANSER PARU PARU ( Ca Lung, Adeno Ca Lung & sewaktu dengannya )




Ramai kot patient patient aku yang menderita sebab kanser paru paru & majoritinya sebab merokok ! Sebab aku ni keje kat wad yang managed patient which suffer with cancer lung.

tengok patient aku muntah darah, susah nak bernapas, saket dada. Tapi tak banyak yang korang leh bantu die sebab kanser paru paru. Selalunya patient yang datang wad @ hospital tok check up je, tapi lastly kena admitted ward. buat scan, buat biopsy. finally finding cancer ! & prognosis die sangat cepat ! Dalam sekelip mata!





Apa yang ada dalam rokok tu sampai die sangat bahaya ? Moh kite tengok !







* kome tengok la pic kat atas ni. takkan sanggop nak hisap benda benda ni kot !! Ni dah banyak kot kat internet & rasanya korang dah tau. Tapi suke wat wat tak tau kn kn??


So, kesimpulannya, sayangilah paru paru anda ! kepada kawan kawan tersayang, saya sayang kamo! Jaga diri ea. Sebab tu saya mengarot banyak banyak ni. eh eh ! tak la. Ni fakta ok ! Saya cakap sebab ni fakta.

kepada kawan kawan saya, nasihatkan lah bf anda yang merokok tu ea ?? memang susah nak berenti merokok, tapi cuba tu tak salah. kn? slow slow la. InsyaALLAH.

Jadi mulai sekarang...




informasi tambahan ~~

Adakah anda tahu :
- kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku ?
- sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru ?
- merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser ?
- 90% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok ?
- hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu :
adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik ?
Angka ini didapati dari persatuan kanser yang paling penting, iaitu ACS dan NCI (American Cancer Society dan
National Cancer Institute). Biomarkers ? Informasi yang penting tentang kanser paru-paru dan merokok :
perokok yang kuat lebih mungkin menghidap penyakit ini.
Namun demikian,
-tiada kajian yang menunjukkan perokok cerut (<5>



p/s alhamdulillah kekaseh hati saya tak merokok ! lalalala..


Tq reading this entry !

No comments:

Post a Comment