Monday, February 7, 2011

paracetamol overdose


assalamualaikum !!

entry ni cam seyes sket ...aku warn awal awal ni.. hahaha..


KOTA BHARU: Seorang pelajar dipercayai putus cinta menelan lebih 20 panadol sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri dalam kejadian di Kampung Baru, Nelayan, Tumpat, kelmarin.

Berikutan itu, mangsa berusia 19 tahun dan belajar di sebuah sekolah menengah di daerah itu dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) untuk mendapat rawatan.

Difahamkan kejadian disedari neneknya yang berusia lingkungan 60-an, selepas melihat mangsa dalam keadaan kesakitan ketika berada di rumah kira-kira jam 7 malam.

Sejurus selepas itu, neneknya segera meminta bantuan jiran kerana bimbang sesuatu lebih teruk berlaku terhadap mangsa.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nor Azizan Anan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat daripada jururawat HT memaklumkan seorang pelajar menerima rawatan selepas dipercayai menelan panadol dengan jumlah banyak.

“Sebaik menerima laporan sepasukan anggota ke HT untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu,” katanya di sini, semalam.

*petikan akhbar 2 tahun lepas tak silap :)

bila dah dapat diagnose je yang korang ni PCM OD (paracetamol overdose), rawatan yang di berikan adalah seperti berikut :

1. gastric lavage - kalau betol betol pasti PCM OD
Untuk prosedur ini, sebuah tiub fleksibel dimasukkan melalui hidung, ke anak tekak dan masuk ke dalam perut dan isi perut akan disedut keluar, dimana bahagian dalam perut sudah dibilas dengan saline (air garam).





2. bagi 50 gm charcoal (ala, arang !)
boleh bagi kalau pesakit tu baru makan dalam masa 1 jam. selalunya, bila pesakit datang kat bahagian kecemasan dengan aduan makan panadol banyak banyak ni nurse nurse akan masokkan tiub nasogastrik. kalau kome kome takmo masok kn tiub tu, kome telan la arang tuh !! dapat kat aku, aku akan dok depan ko sampai ko abes telan arang yang banyak tuh !


*masokkan tiub NG



3. ambil darah (FBC,LFT,BUSE,INR,PCM LEVEL, bla bla bla)
yela, ble mase korang tak pikir panjang tok amek PCM ni, korang tau tak banyak la kesan burok kalau PCM ni banyak banyak. so, kena tengok la darah korang camne.

4. start treatment.
selalunya, bila semua dah settle, doktor akan startkan NAC (N-Acetyl-Cysteine)
NAC ni untok neutralkan PCM level dalam darah korang. bape lama korang nak kena infuse ngan NAC ni, depends on u oll nye bloods la. darah akan diambil kerap kali, kerana dos NAC akan bergantung kepada paras PCM ngan INR korang.




ok, korang tau tak, dengan mengambil PCM banyak banyak nih secara tidak langsung korang ni sebenarnya ada cobaan untok membunuh diri?? sedar tak? bunoh diri !! nauzubillillah...
kalau dah ada cobaan cobaan macam ni, pe lagi, refer korang kt psychiatric! pakar saket jiwa !

korang tau tak, banyak tau kesan kesan bila korang ambil PCm ni, i means OD la. paling ketara kesian kat liver ngan kidney korang. jom! check it out !!



fungsi liver :
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

*menyahtoksik! kalau liver korang dah rosak, camne dia nak berkerja tok menyahtoksik dalam badan korang?? macam macam penyakit leh dapat.

fungsi kidney:
Semakin usia kita meningkat, kecekapan hati kita memecahkan ubat semakin berkurangan, begitu juga dengan kecekapan buah pinggang kita untuk mengkumuhkannya. Ini bermakna bahawa bagi sesetengah jenis ubat, kemungkinan bagi seseorang mengalami kesan sampingan daripadanya walaupun pada dos yang biasa bagi orang dewasa mungkin lebih tinggi. Untuk mengelakkan ini, doktor anda mungkin akan mempreskip ubat berkenaan bagi anda pada dos yang lebih rendah.




tapi, bila muda muda dah rosak, camno gayo?? hm..

sebenarnya, memang banyak kes kes macam nih, cuma tak masok paper | kuar tb jer..
bukan setakat 20 biji. 100 biji PCM pun aku penah jumpe!

p/s: kawan kawan, kalau nak bunoh diri @ mati, guna la cara laen, OD PCM tak mati. tapi suffer !!
tapi, jangan la..ingat owang sekeliling yang sayang korang ! family korang ! ingat aku yang sayang kt korang, sebab korang kawan aku ! :)



tQ reading dis entry !!






No comments:

Post a Comment