Berikutan itu, mangsa berusia 19 tahun dan belajar di sebuah sekolah menengah di daerah itu dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) untuk mendapat rawatan.
Difahamkan kejadian disedari neneknya yang berusia lingkungan 60-an, selepas melihat mangsa dalam keadaan kesakitan ketika berada di rumah kira-kira jam 7 malam.
Sejurus selepas itu, neneknya segera meminta bantuan jiran kerana bimbang sesuatu lebih teruk berlaku terhadap mangsa.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nor Azizan Anan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, kelmarin.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat daripada jururawat HT memaklumkan seorang pelajar menerima rawatan selepas dipercayai menelan panadol dengan jumlah banyak.
“Sebaik menerima laporan sepasukan anggota ke HT untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu,” katanya di sini, semalam.
*petikan akhbar 2 tahun lepas tak silap :)




- Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
- Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
- Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
- Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
- Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
- Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
- Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
- Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
- Menguraikan molekul hemoglobin tua.
- Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.





















